WHISKAS Memahkota Kucing Kebangsaan Terbaik 2015 di AEON AU2 Setiawangsa

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Pada 3hb Oktober 2015, Mars Foods Malaysia Sdn Bhd (Mars) menobat Cha Cha sebagai Kucing Kebangsaan Terbaik Whiskas untuk Tahun 2015 dalam pertandingan finale akhir, diadakan di AEON AU2 di Setiawangsa. Cha Cha, kucing berusia lima bulan dimiliki Nurul Hanin binti Ismail dimahkotakan sebagai kucing terbaik yang merangkumi 3 ciri utama kucing yang sihat – Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya dan Si Manja Hiper-Comel.
Pemilik dan pemenangnya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan bekalan setahun makanan kucing WHISKAS.
Sementara itu, terdapat tiga pemenang kategori. Aany, kucing berumur tiga tahun dimiliki Noor Adilah binti Mohd Rukon memenangi kategori Si Manja Mata Mempesona, Cabella, kucing berumur empat tahun dimiliki Mohd Shadirwan bin Abu Bakar memenangi kategori Si Manja Bergaya, manakala Jiwa Malaya, kucing berumur 2 tahun 8 bulan dimiliki Mohd Sahrizam bin Samsuri memenangi kategori Si Manja Hiper-Comel. Setiap pemenang kategori menerima wang tunai RM5,000 dan bekalan 6 bulan makanan kucing WHISKAS.

Keempat-empat pemenang dipilih daripada 15 finalis yang hadir di Finale Akhir. 11 finalis lain setiap seorang membawa pulang Hadiah Saguhati iaitu bekalan 6 bulan makanan kucing WHISKAS. Kesemua kucing diadili berdasarkan tiga criteria utama iaitu Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya dan Si Manja Hiper-Comel oleh barisan panel terdiri daripada selebriti Syakila Nisha Jangir, atau lebih dikenali sebagai Kilafairy, Khalid Rashid, Presiden Kelab Kucing Malaysia dan Dr Susan Wan, doctor haiwan dari Whiskas Malaysia. Kategori pertandingan ini berdasarkan ciri kucing yang sihat, di mana manfaat Sistem Utama WHISKAS mampu berikan.

“Malaysia sememangnya sebuah negara yang sayangkan kucing. Kami menerima begitu banyak penyertaan, hinggakan sukar untuk memilih finalis dan pemenangnya, tetapi saya gembira kerana kita memiliki begitu banyak kucing yang sihat, gembira dan disayangi di Malaysia. Menerusi jelajah kami, kami berharap dapat berkongsi pengetahuan mengenai nutrisi dan penjagaan kucing yang terbaik dengan lebih ramai rakyat Malaysia. Kami juga turut berkerjasam dengan PAWS untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk menyediakan rumah kepada kucing yang diselamatkan, daripada membelinya untuk dijadikan haiwan peliharaan,” kata Yee Pek Kuan, Pengurus Pemasaran bagi Asia Tenggara dari Whiskas Malaysia.

Pertandingan ini, yang bermula 1 June 2015, telah menerima maklum balas memberangsangkan lebih 6,000 penyertaan daripada seluruh Malaysia apabila penyertaan ditutup pada 31 Julai. Untuk mengambil bahagian, peserta perlu menghantar gambar kucing kesayangan dalam satu daripada tiga kategori tersebut menerusi Facebook atau khidmat pos biasa Pos Malaysia, bersama-sama bukti pembelian mana-mana produk WHISKAS.

Finale Akhir, dihoskan oleh aktor Zoey Rahman, adalah acara utama dalam jelajah enam-hari WHISKAS di AEON AU2 daripada 29 September sehingga 4 Oktober 2015. Aktiviti-aktiviti sepanjang jelajah termasuk kempen kucing angkat bersama PAWS Animal Welfare Society pada 3 dan 4 Oktober, sampel dan jualan produk WHISKAS, cabutan bertuah untuk pembeli, kuiz dan hadiah untuk orang awam, juga hadiah untuk pelawat yang berkongsi informasi mengenai acara itu di media social, hadiah dengan pembelian sewaktu jejalah ini dan aktiviti untuk kanak-kanak termasuk cat wajah dan tubuh bertemakan kucing.

Dr Susan turut memberikan ceramah kepada orang awam mengenai penjagaan kucing yang betul, termasuk pengetahuan umum mengenai kesihatan optimum, indormasi tentang diet kucing yang sihat mengikut usianya, dan panduan asas tentang perapian kucing.

Untuk mengetahui lanjut mengenai pertandingan Kucing Kebangsaan Whiskas bagi 2015, layari laman Facebook Whiskas Malaysia.