Dedek ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan hari jadi ayahanda semasa ketiadaan Ibunda yang pulang ke kampung halaman atas masalah yang tidak dapat dielakan. Anda semua memang best!!
- Alief Aldrin Yahya (Asst. Ina untuk memasak)
- Amin aka selipar jepun (meyumbangkan belon-belon sekeliling rumah)
- Zata Sabrina (meyumbangkan tenaga untuk memasak & kek)
- Ayie Akim ( Sponsor kek bersama Zata)
- Apis (Sponsor minuman ringan)
- Syakila (Memasak bebola ayam berkeju)
- Rohani Abdullah aka Emak (Main sponsor utk pembelian semua bahan2 yang diperlukan)
Disini dedek sertakan resepi Bebola Ayam Berkeju.
25gm Mentega
25gm Tepung Gandum
150ml Susu Sejat
150gm Serbuk Roti
200gm Daging Ayam
75gm Keju Cheddar
3 Biji Telur
Garam dan Serbuk Lada Sulah
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuat Doh Tepung
Cairkan mentega di dalam kuali dan masukan tepung gandum. Kacau seketika dan masukan susu sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga pekat dan setelah siap doh tepung tersebut perlulah disejukan dahulu sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan seterusnya.
Cara Membuat Bebola Ayam Berkeju
Seperti yang kita lihat didalam video tersebut, doh tepung tersebut dicampurkan dengan daging ayam yang dicincang. Kemudian masukan keju diiringi dengan telur satu persatu. Setelah sebati kita masukan serbuk roti, garam & lada sulah dan kacau hingga rata. Selesai, peramkan ia satu malam.
Selepas itu, kepalkan adunan menjadi bentuk bulat & lumurkan ia dengan serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng bebola sehingga kekuningan.
0 comments:
Post a Comment